suria

H5N1: Lebih 330,000 Ayam, Itik Dihapuskan

SEKUMPULAN askar dilengkapi pakaian antivirus dikerah ke ladang ternakan ayam di Sekikawa pada 29 November 2016. - AFP

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun memulakan proses menghapuskan lebih 330,000 ekor ayam dan itik bagi membendung penyebaran wabak selsema burung yang mudah menjangkiti kumpulan haiwan itu dalam tempoh dua tahun.

Menurut jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, proses itu melibatkan  16,500 ekor itik di sebuah ladang wilayah Aomori, utara Jepun dan hampir 320,000 ekor ayam  di sebuah ladang di wilayah Niigata, bermula pada Selasa.

Pihak berkuasa juga mengharamkan penghantaran ayam dan itik di kawasan berdekatan dengan ladang yang terjejas akibat penyebaran wabak terbabit manakala proses pembasmian akan dilaksanakan di jalan utama menuju kawasan itu.

“Terdapat kebimbangan bahawa wabak berkenaan akan tersebar ke daerah lain di Jepun, memandangkan jangkitan dikesan dalam spesies burung liar dan penyebaran wabak di negara jiran,” kata Suga.

Kes wabak selsema burung ini telah disahkan berlaku di sebuah ladang di Jepun pada Januari 2015. - AFP

H5N1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain