Presiden Korea Selatan Sedia Letak Jawatan - Dunia | mStar

Presiden Korea Selatan Sedia Letak Jawatan

Park Geun-Hye ketika berucap di kediaman Presiden di Seoul pada 29 November 2016. - AFP

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye yang diselubungi skandal penyalahgunaan kuasa, sedia meletakkan jawatan dan membenarkan Parlimen memutuskan kedudukannya.

Dalam satu ucapan secara langsung di televisyen pada Selasa, Geun-hye berkata, dirinya bersedia menyerahkan isu peletakan jawatan termasuk pengurangan tempoh penggal kepimpinan kepada Perhimpunan Agung (Parlimen).

"Saya akan menyerahkan isu pengunduran saya, termasuk tempoh memendekkan penggal pentadbiran kepada Parlimen.

"Sebaik pembuat dasar menggariskan langkah peralihan kuasa dengan cara meminimumkan sebarang kekosongan kuasa dan huru hara dalam pentadbiran, saya akan meletak jawatan," katanya tanpa memberi butiran lanjut.

Namun pembangkang berkata, kenyataan itu adalah satu taktik melambatkan usaha dalam Parlimen dikuasai kerajaan untuk mendakwa Geun-hye berkaitan skandal, yang sudah menyaksikan rakan baiknya Choi Soon-sil didakwa atas tuduhan penipuan dan salah guna kuasa.

Sejumlah wakil rakyat daripada parti pemerintah menyokong cubaan tiga parti pembangkang utama meluluskan satu usul seawal Jumaat ini untuk mendakwa Presiden Korea Selatan itu.

Jika parlimen meluluskan usul itu, Geun-hye akan segera digantung daripada tugas rasminya dan Perdana Menteri akan mengambil alih sebagai ketua kerajaan sementara. 

Mahkamah Perlembagaan mungkin mengambil masa hingga enam bulan untuk memutuskan meluluskan pendakwaan itu. - AFP

Park Geun-hye

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesawat Bawa Pasukan Kelab Brazil Terhempas

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain