suria

Lelaki Tinggal Pesanan Mahu Kahwini Teman Wanita Sebelum Bunuh Diri

BEIJING: Seorang lelaki meninggalkan pesanan ringkas mengajak teman wanitanya mengahwininya pada kehidupan selepas mati sebelum dipercayai membunuh diri.

Menerusi pesanan yang dikirim selepas bertengkar dengan teman wanitanya itu, lelaki yang dikenali sebagai Pan itu juga memberitahu dia tidak mahu hidup lagi.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan telah melakukan kajian bahawa seseorang itu akan mati dalam kemalangan jika membawa kereta melebihi 120 kilometer (km/jam), lapor Qilu Evening News.

Siasatan polis mendapati, Pan membawa kereta dan melanggar jambatan di lebuh raya wilayah Shandong, Jinan, pada 15 November lalu.

Pasukan perubatan menjumpai mayat mangsa di tempat kejadian pada pukul 6 pagi.
 
Polis menolak kemungkinan ini merupakan kejadian langgar lari, selepas mendapati tiada sebarang kerosakan lain pada kenderaan tersebut.
 
Rakaman kamera pengawasan di lokasi menunjukkan kereta itu terhempas pada pukul 4.15 pagi.

Polis mendapati Pan telah melakukan kajian untuk ketahui tentang kelajuan kereta bergerak dan memastikan kemalangan ini meragut nyawanya.
 
Dia juga menghantar pesanan mengatakan bahawa seseorang itu akan maut apabila terlibat dalam kemalangan, pada kelajuan melebihi 120 km per jam.- South Morning Post 

Pan, Shandong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Stesen Janakuasa Runtuh, 40 Maut

Artikel Lain