suria

Trump Umum Tarik Diri Daripada TPPA

Donald Trump
WASHINGTON: Donald Trump berkata beliau akan menarik diri daripada perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada hari pertama beliau mengambil alih jawatan.

Trump berkata tindakannya itu adalah selaras dengan ikrar kempen pusat yang dilakukannya sebelum ini.

"Saya sudah meminta pasukan peralihan menyediakan senarai tindakan eksekutif yang boleh kita ambil bagi memulihkan undang-undang dan mengembalikan semula peluang pekerjaan," kata bakal Presiden AS itu dalam satu mesej video yang menggariskan keutamaan yang akan diberikan dalam tempoh 100 hari pertama peralihan kuasa di bawah pimpinan beliau.


"Berhubung dengan perdagangan, saya akan mengeluarkan pemakluman hasrat kami untuk menarik diri daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, satu potensi bencana kepada negara kita.

"Sebaliknya, kami akan berunding tentang tawaran perdagangan saksama dua hala yang akan membawa kembali industri dan peluang pekerjaan ke Amerika," katanya.
TPPA, Donald Trump, tarik diri

Artikel Berikut

Artikel Lain