suria

TTPA Tidak Bermakna Tanpa AS - PM Jepun

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) tidak akan bermakna tanpa penyertaan Amerika Syarikat (AS) selepas bakal Presiden negara itu mengumumkan untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut.

Abe yang menghadiri pertemuan pemimpin negara yang terlibat dengan TTPA di Lima pada Sabtu, berkata, tiada perbincangan diadakan pada mesyuarat tersebut untuk meneruskan perjanjian berkenaan tanpa penglibatan AS.

"TTPA tidak akan bermakna tanpa AS," katanya.

Pada Isnin, bakal Presiden AS, Donald Trump menyiarkan video untuk memaklumkan tindakan yang akan dilakukan apabila mengambil-alih pentadbiran pada 20 Januari depan termasuk berundur daripada TTPA.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Presiden, Trump menyatakan janji untuk memastikan AS menarik diri daripada perjanjian tersebut yang disifatkan sebagai "bencana".

Sebanyak 12 negara terlibat dalam perjanjian itu termasuk Malaysia selain Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Sementara itu, Abe yang bertemua dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada minggu lalu untuk membincangkan kerjasama ekonomi dan pertikaian wilayah, menegaskan bahawa beliau mahu menyelesaikan isu  dengan Moscow di bawah kepimpinannya.

"Masalah ini tidak boleh diselesaikan tanpa kepercayaan antara pemimpin.

"Saya akan berhubung secara terus dengan Putin dan melakukan perubahan yang lebih kukuh pada masa yang sesuai," katanya.

Pertikaian wilayah di kawasan kepulauan di barat Laut Pasifik yang ditawan oleh tentera Soviet selepas tamat Perang Dunia Kedua, mencetuskan perbalahan diplomatik dengan Jepun.

TTPA, Shinzo Abe, Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Apec Terakhir Obama

Artikel Lain