suria

Ratu England Kekurangan Pengawal Istana

Gambar fail tidak bertarikh menunjukkan askar pengawal istana Ratu England menjalani latihan kawad. - Ihsan GETTY IMAGES

LONDON: Pasukan tentera elit yang ditugaskan untuk melindungi Ratu England dilaporkan berdepan krisis paling buruk dalam sejarah untuk merekrut anggota baharu.

Pasukan dikenali sebagai Foot Guards itu, ditugaskan untuk mengawal istana diraja, gagal mencapai sasaran jumlah anggota yang diperlukan bagi tiga daripada lima rejimen elit tersebut.

Jumlah pengawal Istana keturunan Scotland, Ireland dan Wales merupakan kelompok paling sedikit berbanding jumlah sebenar yang diperlukan untuk melancarkan tugas di istana.

Sasaran bagi setiap batalion adalah 330 tetapi setakat ini hanya pasukan itu hanya 230 anggota sahaja.

Menurut sumber istana kepada akhbar The Sunday Express, krisis itu dipercayai berlaku akibat langkah-langkah penjimatan yang dilaksanakan kerajaan.

Selain itu, tindakan pihak tentera mengerahkan pertukaran anggota antara rejimen tentera menyumbangkan kepada kekurangan sumber tenaga terutamanya melibatkan kerahan anggota pengawal istana ke Afghanistan bagi menjalani latihan rutin.

Ratu England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain