suria

Jalan Lubang Benam Gergasi Di Jepun Dibuka Semula

-fotoREUTERS
TOKYO: Jalan sibuk di Fukuoka yang terbenam menjadi lubang gergasi minggu lalu telah dibuka semula dengan kumpulan pekerja yang bekerja keras sepanjang masa selama seminggu mendapat pujian ramai.

Lubang benam gergasi berukuran kira-kira 30 meter (98 kaki) lebar dengan kedalaman 15 meter berlaku di kawasan perniagaan sibuk di bandar barat daya Fukuoka, menelan sebahagian jalan lima lorong.

Lubang tersebut, yang dilihat muncul disebabkan pembinaan kereta api bawah tanah di kawasan itu, telah mendedahkan tiang sokongan bangunan berhampiran persimpangan lampu isyarat.

Pekerja di Jepun berkerja keras secara berterusan selama seminggu, melambak simen basah dan pasir ke dalam lubang yang 'ternganga' luas dan membaiki bekalan kuasa, saluran gas dan air yang terjejas berikutan kejadian itu.


Jalan itu dibuka semula pada 5 pukul pagi Selasa, kata Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima dalam satu kenyataan, genap seminggu selepas berlakunya kejadian lubang gergasi benam itu.


"Kami memohon maaf kerana menyebabkan masalah yang besar," kata Takashima, menyatakan bahawa larangan akses kepada bangunan di sekitarnya telah ditarik balik.

Tiada yang cedera dalam kemalangan di Fukuoka itu, bandar terbesar di selatan pulau utama Kyushu.

Ramai yang melahirkan perasaan kagum apabila kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan cepat.

"Saya terkejut apabila jalan itu dibuka semula dalam masa seminggu," kata seorang pengguna Twitter.

"Mengagumkan. Ia sangat pantas," kata seorang lagi.
lubang gergasi, Fukuoka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain