Obama, Trump Bersemuka Buat Kali Pertama - Dunia | mStar

Obama, Trump Bersemuka Buat Kali Pertama

OBAMA (kanan) berjabat tangan dengan Trump ketika mereka mengakhir pertemuan semalam 90 minit di Oval Office, White House pada 10 November 2016. - EPA

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bakal penggantinya, Donald Trump mengadakan pertemuan buat kali pertama di White House pada Khamis.

Pertemuan selama 90 minit itu diadakan di pejabat Presiden iaitu Oval Office, menyaksikan Obama berkata, beliau meluangkan masa yang baik untuk berbual dengan Trump.

Trump pernah menggelar Obama sebagai mimpi buruk paling ngeri, lemah, satu bencana dan kurang efektik sepanjang kempennya untuk menjadi Presiden.

"Presiden paling angkuh dalam sejarah negara kita," kata Trump ketika berkempen awal tahun ini.

Namun dalam pertemuan kali pertama ini, Trump mengubah nadanya apabila menyifatkan Obama merupakan individu yang baik.

Dalam pada itu, Obama menjelaskan, perbincangan antara mereka melibatkan isu penyusunan yang perlu dilakukan di dalam White House.

"Kami juga berbincang soal dasar luar, dasar dalaman dan seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memberi keutamaan untuk melaksanakan peralihan kuasa dengan lancar dalam tempoh dua bulan terakhir sebagai Presiden," katanya.


Donald Trump , Barack Obama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rakyat India Bimbang Tak Cukup Rupee

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain