suria

'Spider Man Sebenar' Ditemui Di China

BEIJING: Seorang lelaki dari wilayah Shandong, Timur China tiba-tiba menjadi 'masyhur' selepas menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang 'tergantung' di tingkap pada 27 Oktober lalu, tidak ubah seperti watak adiwira Spider Man.

Liang Lei, seorang penduduk di bandar Liaocheng meminati sukan fizikal, memanjat ke tingkat tiga sebuah bangunan hanya menggunakan tangannya untuk menyelamatkan kanak-kanak itu yang terperangkap di tingkap, lapor CCTV News.

Ibu bapanya telah meninggalkannya bersendirian di dalam rumah.

"Saya tiba di sana dan mendapati kanak-kanak itu hampir tidak bergerak. Kakinya menggeletar. Saya mengambil keputusan untuk panjat sahaja kerana saya fikir dia berada dalam bahaya," kata Lei.

Lei memegang budak lelaki itu sehingga tukang kunci  membuka pintu ke balkoni yang membolehkan kedua-dua mereka masuk.

Laporan CCTV itu juga menarik perhatian media antarabangsa lain seperti Yahoo dan Daily Mail.

Keberanian dan teknik memanjat beliau telah dipuji dalam laporan mereka. -China Daily/Asia News Network.
Spider Man, Liang Lei

Artikel Berikut

Pusat Karaoke Terbakar, 13 Maut

Artikel Lain