suria

India Bakal Perkenal Kereta Api Koc Kaca

Koc keretapi Rocky Mountaineer umpama di Kanada ini dalam proses akhir sebelum dilancarkan Disember ini.

KERETAPI India kini bersiap sedia untuk melancarkan koc khas dengan dinding dan bumbung kaca untuk memberi kepuasan kepada penumpang menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dengan pengangkutan itu.

Khusus untuk pelancong dalam dan luar negara, Keretapi India dijangka melancarkan perkhidmatan terbaharu yang dilengkapi dengan sistem info hiburan ultra moden itu pada Disember ini.

Koc khas ini hasil rekaan Indian Railway Catering and Tourism Corporation (IRCTC), Pertubuhan Penyelidikan, Rekaan dan Piawaian (RDSO) serta kilang Intergral Coach (ICF) di Perambu dekat Chennai.

"Tiga koc akan disiapkan ICF pada akhir tahun ini di mana koc pertama akan dipasang pada kereta api biasa di Lembah Kashmir , manakala dua lagi akan menjadi sebahagian kereta api yang perjalanannya melalui Lembah Araku (K K Line, Stesen Waltair) di laluan sebelah tenggara," kata Pengerusi dan Pengarah Urusan IRCTC, Dr A K Manocha.

Kerja-kerja menyiapkan koc berkenaan bermula pada 2015 dan pembuatan setiap gerabak berkaca itu mencecah Rs 4 crore.

Mengenai rekaan dalaman koc berkenaan, Pengurus Besar Kumpulan (Infrastruktur) IRCTC, Dham Ghaj Prasad berkata, ia akan dilengkapkan dengan kerusi yang mampu berpusing bagi membolehkan penumpang melihat pemandangan dengan lebih luas melalui siling kaca.

Selain itu, jarak antara tempat duduk direka dengan keluasan kaki yang selesa.

Perkhidmatan terkini ini umpama kereta api Rocky Mountaineer di Kanada.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain