suria

Empat Ditahan Bantu Warga Indonesia Sertai IS

Boy Rafli Amar pada malam Rabu berkata empat suspek yang ditahan mungkin mengatur perjalanan ahli kumpulan yang lain ke Syria.

JAKARTA: Polis Indonesia menahan tiga warganegaranya yang merancang untuk berlepas ke Timur Tengah menyertai kumpulan militan IS dan lelaki keempat yang membantu mereka mengatur perjalanan tersebut.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar berkata semua suspek bagaimanapun telah mengatur perjalanan untuk "10 individu lain" untuk ke Syria bagi menyertai IS sejak Oktober tahun lalu.

Boy berkata tiga suspek, salah seorang daripadanya adalah wanita ditahan semasa operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Khamis lalu.

Kira-kira tujuh ditahan tetapi empat dibebaskan dan kini membantu siasatan polis.

Maklumat disediakan suspek yang membawa kepada penangkapan individu keempat yang dikenali sebagai Abu Fauzan.

Boy berkata Abu Fauzan yang ditahan Jumaat lalu dekat rumahnya di Bekasi,  Jawa Barat, disyaki membantu, menyelaraskan dan memberi khutbah sebanyak empat kali kepada warga Indonesia yang merancang untuk menyertai IS di Syria.

Pihak polis hanya menyediakan singkatan nama tiga suspek itu dengan mereujuk mereka sebagai "A", "ANF" dan "W" yang dikatakan menyalur dana kepada kumpulan tersebut.

"W adalah seorang wanita dan kami sedang menyiasat bagi mengenal pasti sama ada dia menggunakan dana sendiri atau dana yang dikumpul daripada orang lain," kata Boy.

Agensi Menentang Keganasan Kebangsaan (BNPT) menganggarkan kira-kira 500 warga Indonesia berlepas ke Timur Tengah kononnya untuk berjuang bersama kumpulan militan di sana.


Indonesia, IS, Abu Fauzan

Artikel Sebelum

Dua Beradik Cabar Taufan Megi

Artikel Berikut

Artikel Lain