Polis Cadang Benarkan Anggota Wanita Pakai Burka - Dunia | mStar

Polis Cadang Benarkan Anggota Wanita Pakai Burka

Gambar hiasan.

SATU pasukan polis di United Kingdom akan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan anggota wanitanya yang beragama Islam memakai burka.

Menurut Polis West Midlands, ia akan mengadakan perbincangan bagi membolehkan pemakaian yang menutup keseluruhan muka dan badan wanita itu menjadi sebagai sebahagian daripada pakaian seragam pegawai wanita beragama Islam.

Ketua polisnya, Konstabel David Thompspn berkata, beliau akan mempertimbangkan perkara tersebut kerana mahu meningkatkan bilangan penyertaan anggota di kalangan golongan etnik minoriti dan kulit hitam (BME) di wilayah itu kepada 30 peratus.

Bagaimanapun, Majlis Islam di Britain membantah cadangan membenarkan pegawai polis wanita berpurdah.

Menurut pertubuhan itu, mereka menyifatkan idea berkenaan sebagai sesuatu yang amat mengejutkan sekiranya pemakaian burka di kalagan anggota dibenarkan.

Seorang jurucakap berkata: "Di media, istilah bagi burka digunakan untuk menterjemahkan wajah yang ditutupi penuh, tetapi tudung yang mempunyai bahagian boleh diselak di kawasan mata sebenarnya adalah niqab.

"Burka sebenarnya adalah pakaian labuh dari paras bahu ke buku lalu, dengan bahagian muka masih boleh dilihat.

"Amat mengejutkan sekiranya Polis West Midlands mahu membenarkan penutupan muka secara penuh.

"Peratusan sebenar bagi wanita yang memakai niqab adalah sangat kecil dan wanita berpakaian seperti itu tidak mungkin menjadi polis," katanya.

Kata mereka: "Selain itu, ia membabitkan isu keselamatan dan kesihatan.

"Bagaimana anda boleh mempunyai seorang pegawai yang memakai burka dengan menutup wajah mereka, untuk mengejar suspek di jalanan? Ia merupakan idea yang tidak bersesuaian." - Mail Online

burka

Artikel Sebelum

Lebih 1.3 Juta Jemaah Banjiri Makkah

Artikel Berikut

Tiga Maut Kereta Api Tergelincir

Artikel Berkaitan

Leka Bermain Telefon, Wanita Maut Digilis

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik