suria

Lelaki 63 Tahun Tumbuk Bayi Ditahan

Elsie ditumbuk dibahagian muka oleh lelaki berusia 63 tahun ketika dibawa ke pasar raya Tesco di Manchester pada Selasa. - AGENSI

LONDON: Seorang lelaki ditahan polis gara-gara menumbuk muka bayi yang baru berusia lima hari di sebuah pasar raya di Manchester pada Selasa.

Menurut laporan portal Mail Online, kejadian itu berlaku apabila bayi yang dikenali sebagai Elsie Rose Duckers dibawa keluar buat kali pertama oleh ibunya, Amy Duckers untuk membeli-belah di pasar raya Tesco.

Amy turut ditemani oleh suaminya, Lewis Temple, 24 dan anak perempuannya, Libby yang berusia tujuh tahun.

Wanita berusia 27 itu berkata, suspek yang berusia 63 tahun secara tiba-tiba menghampiri mereka ketika mereka sedang berbual dengan seorang jiran yang ditemukan di pasar raya itu.

Jelas Amy, lelaki itu kemudiannya secara tiba-tiba melepaskan tumbukan ke muka Elsie menyebabkan anaknya menangis.

"Saya terkejut dengan kejadian yang berlaku apatah lagi bagi Elsie yang kali pertama keluar daripada rumah.

"Insiden itu membuatkan saya trauma untuk membawanya keluar semula," kata Amy.

Ekoran kejadian itu, Elsie terpaksa dirawat selama tujuh jam di Hospital Wythenshawe dan keadaannya dilaporkan stabil.

Mengulas tentang insiden tersebut, Polis Greater Manchester berkata, suspek yang tidak didedahkan identitinya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3776763/Man-63-arrested-five-day-old-baby-punched-face.html

Bayi, Tahan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain