Ribut Tropika, Gabenor Florida Isytihar Darurat 42 Daerah - Dunia | mStar

Ribut Tropika, Gabenor Florida Isytihar Darurat 42 Daerah

Ribut tropika Hermine melanda Florida.

AMARAN banjir dan ribut di Florida dan Georgia dikeluarkan berikutan kejadian ribut tropika Hermine yang berlaku di Mexico pada Rabu.

Gabenor Florida, Rick Scoot mengisytiharkan darurat di 42 daerah berikutan bencana alam yang melanda negara itu.

"Hal ini penting bagi memastikan setiap penduduk Florida mempunyai tempat tinggal dan setiap keluarga disediakan rumah sementara sepenuhnya," kata Scott dalam satu kenyataan.

Menurut Pusat Hurikan Kebangsaan Miami, ribut yang melanda di pertengahan Florida itu berlaku di 665 kilometer barat daya Tampa dan angin kencang bertiup 40 batu dalam masa sejam.

"Ribut berbahaya dan air pasang menyebabkan kawasan berhampiran pantai dibanjiri air yang semakin meningkat dari pedalaman pantai.

"Banjir akan melanda dalam masa 36 hingga 48 jam di sepanjang pantai Teluk Florida dari Aripeka," kata jurucakap dan memberi amaran bahawa ribut akan melanda pantai barat laut Florida pada Khamis. - AFP

Florida

Artikel Sebelum

Tujuh Ahli Kumpulan Al-Qaeda Digantung Mati

Artikel Berikut

Wanita Hamil Dikesan Positif Zika Di Singapura