suria

Enam Warga Bangladesh Positif Zika Di Singapura

SINGAPURA : Enam warga Bangladesh telah diuji positif jangkitan virus zika di Singapura, lapor Suruhanjaya Tinggi Bangladesh pada Khamis.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Singapura, Mahbub Uz Zaman berkata perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.

"Kami telah dimaklumkan oleh MOH bahawa enam warga Bangladesh didapati positif virus Zika selepas pemeriksaan dijalankan sehingga pukul 12 tengah hari pada Selasa.

"Warga Bangladesh yang terkena jangkitan virus Zika tersebut mendapat rawatan segera dan kami akan sentiasa berhubung dengan MOH," katanya.

Terdahulu, seorang wanita hamil yang tinggal di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive turut diuji positif jangkitan virus Zika.

Dilaporkan jumlah bilangan kes yang dikenal pasti sejak Sabtu adalah 115.

Singapura, Zika

Artikel Sebelum

Waris Tragedi MH17 Minta Bantuan EU

Artikel Lain