suria

Angka Kematian Gempa Itali Cecah 284

Keadaan bangunan yang musnah di bandar Amatrice akibat gempa bumi yang melanda tengah Itali pada Rabu lalu. Foto AFP

ASCOLI PICENO (Itali): Angka kematian akibat gempa bumi di tengah Itali meningkat kepada 284 orang pada Sabtu.

Lebih banyak mayat dijumpai di bandar Amatrice yang paling terjejas teruk.

Gempa bumi yang melanda Itali pada Rabu lalu mengakibat kematian sekurang-kurangnya 224 pelancong dan penduduk tempatan.

Presiden Itali, Sergio Mattarella melawat Amatrice menggunakan helikopter pada Sabtu bagi melihat sendiri kerosakan yang berlaku di bandar itu. - Reuters

Artikel Berikut

Artikel Lain