suria

Seorang Terbunuh, Tiga Cedera Letupan Saluran Paip Gas

Pasukan kecemasan dihantar ke tapak letupan saluran paip gas di Ganaveh, Iran

ANKARA: Seorang terbunuh dan tiga cedera dalam satu kejadian letupan saluran paip gas di Iran berhampiran bandar Gonaveh di wilayah selatan Bushehr pada Sabtu, lapor pegawai tempatan kepada agensi berita IRNA.

Menurut Gabenor Gonav Paknejad Ali, pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan tersebut dan punca letupan itu sedang disiasat.

"Seorang terbunuh dan tiga yang lain cedera.

"Kebakaran itu sedang dikawal dan tiada amaran dikeluarkan mengenai letupan yang lain," kata Paknejad.

Seorang pegawai tempatan memberitahu media bahawa penduduk kampung berhampiran telah dipindahkan sebagai langkah keselamatan dan kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur sabotaj.

Menurut seorang lagi pegawai, ibu pejabat pengurusan krisis telah ditubuhkan di Genaveh susulan kejadian tersebut.

"Saluran paip itu telah terputus dari sistem maka api akan terhasil namun kejadian dapat dikawal selepas gas di dalam saluran paip itu dipindahkan," kata seorang pegawai kepada agensi berita Fars. -Reuters

Iran

Artikel Lain