suria

Taiwan Hantar Kapal Perang Ke Laut China Selatan

Tsai menemui tentera di atas kapal perang negara itu.

TAIPEI: Sebuah kapal perang Taiwan berlayar di Laut China Selatan pada Rabu bagi mempertahankan wilayah maritimnya, sehari selepas tribunal antarabangsa memutuskan China tiada mempunyai asas perundangan untuk menunturut 'hak sejarah' di perairan itu dan menjejaskan tuntutan Taipei terhadap pulau-pulau di sana.

Presiden Tsai Ing-wen berkata Taiwan tekad mempertahankan hak negara mereka sebelum kapal perang menuju ke Pulau Taiping sebuah pulau terbesar dalam gugusan Kepulauan Spratly yang ditadbir oleh Taiwan.

Tribunal antarabangsa pada Selasa memutuskan China tidak mempunyai asas perundangan untuk menuntut ‘hak sejarah’ ke atas pulau di Laut China Selatan.

Tribunal itu juga merumuskan China didapati mencabuli hak kedaulatan Filipina di perairan itu.

Malah tribunal itu turut memutuskan bahawa Pulau Taiping yang ditadbir oleh Taiwan adalah 'batu' dan tidak memberikan zon ekonomi eksklusif sekali gus melemahkan tuntutan negara itu ke atas perairan di sekitar pulau tersebut.

Kerajaan Taiwan berkata keputusan itu tidak boleh diterima kerana tribunal timbang tara tidak menjemput Taipei secara rasmi untuk mengambil bahagian dalam prosiding itu atau meminta pandangannya.

"Misi rondaan ini akan menunjukkan rakyat Taiwan tekad mempertahankan hak negara mereka," kata Tsai kepada tentera di atas dek kapal dalam satu rakaman yang disiarkan stesen televisyen tempatan.




Artikel Lain