suria

Tujuh Cedera Nahas Pesawat Terhempas Di Papua

PESAWAT ringan Cessna 208B terhempas di deretan kediaman berhampiran Lapangan Terbang Nobgoliat Yahukimo di Papua dalam kejadian pukul 8.05 pagi Selasa.

Tiada sebarang kematian dilaporkan, bagaimanapun tujuh mengalami pelbagai kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Wamena untuk menerima rawatan.

Rekod menunjukkan pesawat itu milik pertubuhan Misi Penerbangan Bersekutu (AMA) dengan nombor pendaftaran PK-RCK.

Siasatan kejadian itu sedang dijalankan pihak berkuasa kawasan berkenaan.

Pengarah AMA Papua, Djarot Soetanto mengesahkan tiada kemalangan jiwa akibat kejadian itu.

"Bagaimanapun, pesawat itu terhempas di kawasan perumahan itu menyebabkan beberapa penduduk mengalami kecederaan," katanya seperti mana dilaporkan metrotvnews.com.

Juruterbang pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Brian Potingger.

Cessna, Papua, AMA, Hospital Wamena

Artikel Lain