suria

Campak Kucing Dari Tingkat 13, Lelaki Dikena Perintah Percubaan

Lee Wai Long yang mengalami kecacatan intelektual dikenakan perintah percubaan selepas mengaku bersalah mencampakkan seekor kucing dari tingkat 13 sehingga mengakibatkan kematian. Foto ST FILE

SINGAPURA: Seorang penganggur berusia 41 tahun dikenakan perintah percubaan selama 18 bulan pada Selasa selepas mengaku bersalah mencampakkan seekor kucing dari tingkat 13 pangsapurinya sehingga menyebabkan kematian.

Lee Wai Leong yang mengalami kecacatan intelektual mengaku bersalah melakukan penderaan haiwan pada 30 Oktober tahun lalu.

Kucing berkenaan mati akibat beberapa kecederaan termasuk patah tulang dan kegagalan organ berfungsi.

Mahkamah diberitahu bahawa dia melakukan kesalahan itu kerana kucing yang dikutipnya dari tingkat bawah begitu bising dan pernah memasuki rumahnya sebelum ini. 

Hakim, Mathew Joseph memberitahu Wai Leong bahawa keganasan terhadap haiwan tidak seharusnya berlaku.

"Ia adalah kejam dan merupakan tindakan pengecut terhadap makhluk yang lemah. Saya harap anda mempelajari daripada perkara ini," katanya.



Artikel Lain