Jokowi 'Turun Padang' Membeli-Belah Di Mangga Dua - Dunia | mStar

Jokowi 'Turun Padang' Membeli-Belah Di Mangga Dua

Jokowi bersama anak lelakinya, Kaesang sedang melihat barangan elektronik di Mangga Dua, Ahad lalu.

JAKARTA: Presiden Joko Widodo dengan selamba membeli-belah barangan di premis Harco Mangga Dua, sini hujung minggu lalu, tanpa kawalan ketat pihak keselamatan.

Kehadiran Jokowi menarik perhatian ramai termasuk netizen, Tjan Andry yang mengambil kesempatan merakamkan beberapa gambar pemimpin Indonesia itu sebelum dimuatnaik ke akaun  Facebooknya.

Foto tersebut kemudiannya menjadi viral dan tersebar luas di media sosial.

Mengenakan kemeja putih dan seluar hitam serta ditemani anak lelakinya, Kaesang Pangarep yang turut sama meninjau beberapa produk di premis itu.

Hanya dua pengawal keselamatan yang memakai baju batik kelihatan memantau pergerakan Jokowi di pusat perniagaan itu.

“Baru kali ini lihat Presiden belanja sendiri tanpa pengawalan ketat dan wahh… My Best President JOKOWI,” begitulah catatan Tjan Andry pada kapsyen foto yang dimuatnaik di laman Facebook.

Posting itu juga mendapat maklum balas ramai terutama rakyat Indonesia yang begitu teruja dengan gaya bersahaja pemimpin tertinggi negara itu.

Pihak Istana membenarkan Jokowi berbelanja di Mangga Dua. Selain bersama Kaesang, Jokowi juga ditemani isterinya, Iriana Jokowi, yang tidak kelihatan dalam foto berkenaan.

“Itu acara keluarga. Presiden bersama ibu dan putera ketiga,” kata Ketua Biro Media, dan Informasi Sekretariat Presiden, Bey Machmudin.


Jokowi , Mangga Dua

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain