suria

Permaisuri Thailand Jalani Pemeriksaan Kesihatan - Istana

Permaisuri Sirikit. Foto EPA

BANGKOK: Permaisuri Thailand, Sirikit berusia 83 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikatakan mengalami "darah yang tidak mencukupi dalam otak", menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana.

Suami beliau, Raja Bhumibol Adulyadej, 88, jatuh sakit dan sedang dirawat di Hospital Bangkok.

"Penilaian x-ray menunjukkan terdapat kesan bekas penyakit darah tidak mencukupi dalam otak yang berlaku pada 2012 tetapi pemerikasaan tidak menemui sebarang ketidaknormalan baharu," menurut kenyataan Istana mengenai permaisuri.

Menurut pihak Istana, Permaisuri Sirikit yang jarang dilihat di khalayak ramai sejak beberapa tahun lalu menjalani pemeriksaan kesihatan pada Rabu lalu. - Reuters


Artikel Lain