suria

Lelaki Ditahan Tembak Doktor Lelaki Bantu Isteri Bersalin

Gambar hiasan.

POLIS menahan seorang lelaki kerana menembak seorang doktor lelaki yang membantu isterinya bersalin.

Difahamkan, suspek berang dengan tindakan pihak hospital yang membenarkan seorang doktor lelaki membantu isterinya melahirkan anak.

Lelaki berkenaan dipercayai meminta doktor wanita untuk melakukan urusan berkenaan dan kecewa apabila doktor lelaki itu dapat melihat isterinya dalam keadaan tidak berpakaian.

Memetik laporan Gulf News, bayi kepada suspek dilahirkan pada April lalu di sebuah pusat perubatan di Riyadh, Arab Saudi.

Lelaki itu dilaporkan pergi ke hospital dan menghubungi doktor lelaki berkenaan untuk berjumpa bagi mengucapkan terima kasih kerana membantu memudahkan kelahiran anaknya tanpa sebarang komplikasi.

Suspek sebaliknya bertindak menembak doktor tersebut dalam pertemuan di taman di hospital sebelum melarikan diri.

Dia bagaimanapun berjaya diburu dan ditahan polis.

Menurut laporan Newsweek, doktor lelaki itu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan mangsa kini dalam keadaan stabil. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain