suria

Kes Tipu 'Teknologi Tinggi' Dalam Peperiksaan Perlu Siasatan Lanjut

-foto The Nation/ANN
BANGKOK: Polis Thailand masih belum membuat pertuduhan terhadap mana-mana suspek dalam kes penipuan berteknologi tinggi dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Rangsit kerana kes itu memerlukan siasatan lanjut.

Ketua Polis Pathum Thani Pol Mejar General Thavorn Khaosa-ard pada sidang akhbar, Rabu, berkata bahawa para pegawai perlu menyiasat lebih lanjut sebelum memfailkan tuduhan.

Sementara itu Pusat Penyelaras untuk Kakitangan Pendidikan Tinggi Awam (Ches), berkata kes penipuan ini perlu mengingatkan semua orang bahawa tingkah laku itu adalah salah.

"Sekarang adalah masa yang baik untuk ahli-ahli Dewan Undangan Negara yang juga eksekutif universiti untuk membangkitkan isu ini," kata Setiausaha Agung Ches Weerachai Phutdhawong.

Terletak di wilayah Pathum Thani, Universiti Rangsit telah membuat aduan terhadap lima suspek yang menduduki peperiksaan kemasukan kolej perubatan, perubatan pergigian dan farmasi itu pada Sabtu dan Ahad.

Ujian terpaksa dibatalkan selepas didapati bahawa tiga pemohon telah menerima jawapan kepada soalan-soalan peperiksaan menerusi jam tangan pintar.

Dua lagi suspek telah memakai cermin mata pintar yang memfilemkan kertas peperiksaan dan menghantar imej itu keluar melalui Internet, dikatakan kepada seorang atau lebih tutor.

Dr Jomdet Trimek dari Universiti Rangsit, yang menghadiri sidang akhbar bersama Thavorn berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap aduan itu dan menerima maklumat tentang tutor atau beberapa tutor yang terlibat, tetapi tidak dapat memberikan butiran terperinci kerana bimbang menjejaskan siasatan.

Artikel Lain