suria

Tentera Syria Bunuh 28 Orang Awam

ALEPPO, Syria: Seramai 28 orang awam terbunuh selepas tentera Syria menyerang kem pelarian di utara negara itu berhampiran sempadan Turki pada Khamis.

Serangan kejam oleh tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad dibuat sebelum gencatan dilakukan selepas ratusan orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita dibunuh.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, serangan itu dilakukan ke atas kem di Sarmada yang terlatak di wilayah Idlib - kawasan yang dikawal oleh kumpulan Al-Nusra.

Jelasnya, antara yang terkorban dalam serangan itu ialah kanak-kanak dan wanita.

Serangan itu juga menyebabkan seramai 50 orang awam mengalami kecederaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain