suria

14 Terbunuh Akibat Pertempuran Dua Etnik

GAMBELA, Ethiopia: Seramai 14 orang terbunuh dalam pertempuran antara dua kumpulan etnik di barat Ethiopia, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Penunjuk perasaan selain itu turut menyerang pejabat UN dan MSF sehingga menyebabkan kerosakkan.

Keganasan antara dua kumpulan itu dilaporkan berlaku selepas sebuah kereta milik badan bukan kerajaan (NGO) merempuh dua kanak-kanak etnik Nuer sehingga mati di sebuah kem pelarian.

Sebagai tindakan balas, sekumpulan pelarian bertindak menyerang penduduk Ethiopia sehingga menyebabkan kematian 10 lelaki termasuk wanita.

Berikutan itu, etnik Anuak yang merupakan musuh tradisi Nuer menyerang bandar Gambela dan menyebabkan 4 etnik Nuer terbunuh.

"Orang ramai mula marah, masing-masing ingin membalas dendam.

"Jika polis tidak campur tangan, lebih ramai lagi etnik Nuer akan dibunuh," kata Addis Alemayu dari etnik Auak.

Nuer, Anuak

Artikel Lain