suria

Filipina Lancar Suntikan Vaksin Denggi Besar-Besaran

MANILA: Program suntikan vaksin denggi secara besar-besaran buat pertama kalinya dilancar di Filipina dengan kumpulan pertama melibatkan jutaan kanak-kanak.

Vaksin dari Perancis itu mula diberikan kepada kanak-kanak yang beratur di hadapan pekerja kesihatan kerajaan di timur Manila pada Isnin.

Setiausaha Kesihatan Filipina Janette Garin mengakui negara itu adalah perintis kepada usaha untuk memperkenal, menerima dan mengguna pakai vaksin denggi pertama melalui sistem kesihatan awam.

"Program ini juga melibatkan secara langsung di bawah tetapan sekolah awam," katanya.

Disember lalu, Filipina meluluskan vaksin yang pertama dilesenkan di peringkat global dalam usaha untuk memerangi penyakit bawaan nyamuk di negara terbabit.

Seramai 17,000 rakyat Manila disuntik vaksin pada Februari sebagai sebahagian daripada kajian klinikal terhadap ubat yang dibangunkan sebuah syarikat pengeluar dadah di Perancis, Sanofi. - AFP

vaksin, denggi, Janette Garin, Manila

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain