suria

Times Square New York Dikosongkan, Skuad Bom Siasat Bungkusan Mencurigakan

LOKASI tumpuan dunia, Times Square New York terpaksa dikosongkan pada Isnin bagi membolehkan siasatan terhadap 'bungkusan mencurigakan' dijalankan.

Portal Mirror melaporkan skuad pemusnah bom dipanggil untuk menjalankan siasatan.

Jabatan Polis New York (NYPD) mengosongkan kawasan itu dan melakukan pemeriksaan dengan bantuan angin pengesan kira-kira pukul 3 petang iSNIN waktu tempatan (3 pagi Selasa waktu Malaysia).

NYPD turut menutup jalan raya di kawasan tumpuan pelancong itu. 

Bagaimanapun, kawasan itu dibuka semula selepas pemeriksaan dijalankan. 

Bagaimanapun, laporan tidak menyebut mengenai hasil siasatan terhadap bungkusan berkenaan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain