Kalijodo Bakal Berubah Wajah - Dunia | mStar

Kalijodo Bakal Berubah Wajah

Lakaran pelbagai cadangan pembaharuan di tapak seluas 1.6 hektar di Kalijodo.

JAKARTA: Kegiatan komersial dan riadah akan dilengkapkan di sekitar taman di lokasi maksiat terkenal, Kalijodo yang diroboh pihak berkuasa baru-baru ini.

Selain gerai, taman itu akan turut menyediakan kemudahan trek joging, futsal, lokasi berkelah dan pentas persembahan.

Kawasan hijau seluas 1.6 hektar itu terletak antara Terusan Banjir Barat dan Sungai Krendang di utara serta barat ibu kota ini.

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama berkata, gerai itu akan digunakan penjaja jalanan.

"Gerai itu akan dibina seperti mana yang disediakan di Lenggang Jakarta Monas," katanya merujuk Taman Monas di Jakarta Tengah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ahok itu menambah, makanan yang dijual di taman itu juga perlu mendapat kelulusan Agensi Pemantau Makanan dan Perubatan (BPOM) daripada segi kebersihan.

"Selain itu, peniaga juga perlu memiliki akaun simpanan Bank DKI di mana mereka boleh membayar kredit kira-kira Rp 4,000 sehari," katanya.

Ahok berkata, pembaharuan yang dirancang itu bagi mengubah Kalijodo sebagai destinasi rekreasi dan sungai di kawasan itu sentiasa dalam keadaan bersih.

Tambahnya lagi, projek rawatan air di kawasan itu akan ditawarkan kepada pihak ketiga, termasuk syarikat dari Korea Selatan.

Kalijodo adalah antara pusat maksiat tertua di Asia Tenggara telah dimusnahkan bulan lalu sebagai langkah menangani masalah sosial di Indonesia.



Kalijodo , Ahok , Sungai Krendang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain