suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Magnitud 5.7 Di Sumatera Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pagi Khamis, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut jabatan itu, gempa yang berpusat di 629 km barat daya Siberut Indonesia, 1,140 km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan berlaku pada pukul 8.10 pagi.

Ia kini memantau perkembangan pasca gempa bumi itu dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu.  

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan, kata kenyataan itu lagi. 

Satu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di perairan Pulau Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia pada pukul 7.58 malam (8.45 malam waktu Malaysia) malam Rabu dan gegaran dirasai sehingga ke Padang, Wilayah Sumatera Barat, Medan dan Aceh serta beberapa negeri di Malaysia. - Bernama

Artikel Lain