suria

Letupan Di Tengah Bandar, 12 Terbunuh

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh pada Jumaat selepas berlaku dua letupan yang menggegarkan sebuah hotel di tengah bandar ini, kata polis yang mendakwa serangan dilakukan oleh militan Shebab.

Dua letupan itu berlaku berhampiran hotel terkenal iaitu SYL Hotel yang terletak bersebelahan sebuah taman sebelum disusuli dengan tembakan.

Hotel dan taman itu terletak berhampiran dengan kompleks Villa Somalia yang dikawal ketat kerana turut menempatkan kediaman presiden dan pejabat perdana menteri.

"Salah satu letupan berlaku hampir dengan taman dan satu lagi dekat SYL Hotel.

"Saya nampak 12 orang awam terbunuh, tetapi jumlah itu dijangka meningkat," kata Pegawai Polis, Ibrahim Mohamed.

Sumber pihak perubatan tempatan berkata, seramai 25 orang turut cedera dalam kejadian berkenaan.

Mogadishu

Artikel Berikut

Jakarta Dilanda Banjir

Artikel Lain