Tsai Ing-wen Jadi Presiden Wanita Pertama Taiwan - Dunia | mStar

Tsai Ing-wen Jadi Presiden Wanita Pertama Taiwan

TAIPEI: Calon parti pembangkang utama Taiwan, Tsai Ing-wen bakal menjadi Presiden wanita pertama negara itu selepas parti pemerintah Kuomintang (KMT) mengaku kalah dalam pilihan raya yang berlangsung pada Sabtu.

“Saya minta maaf... Kita telah kalah. KMT  tewas dalam pilihan raya. Kita tidak cukup bekerja  keras dan gagal memenuhi harapan pengundi,” kata calon KMT, Eric Chu di hadapan penyokong parti itu di ibu pejabat di Taipei.

Pengiraan undi kini masih diteruskan namun jumlah undi  yang dipaparkan oleh siaran langsung di kaca televisyen menunjukkan Tsai memperolehi undian besar, sekitar 60 peratus, berbanding hanya 30 peratus untuk Chu.

Chu tunduk di hadapan penyokong yang kecewa sebagai tanda maaf serta mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi parti. 

"Kami mahu mengucapkan tahniah atas kejayaan DPP, ini adalah mandat rakyat Taiwan. 

"Rakyat Taiwan adalah pemenang terbesar," katanya. 

Sokongan  buat Tsai memuncak selepas pengundi melahirkan rasa kurang senang dengan pendekatan presiden Ma Ying-Jeou dari KMT terhadap China.

Beliau akan meletakkan jawatan selepas dua penggal memerintah.

Ketika pertumbuhan ekonomi negara itu dilihat tidak menunjukkan peningkatan, ramai yang kecewa apabila perjanjian perdagangan yang dimeterai dengan China tidak memberi faedah kepada rakyat Taiwan.-AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain