suria

'Prof Snape' Filem Harry Potter Meninggal Dunia

Rickman memegang watak sebagai Professor Severus Snape dalam filem Harry Potter.

BINTANG Hollywood, Alan Rickman meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas bergelut dengan penyakit kanser.

Berita kematian pelakon yang membintangi filem Harry Potter dan Robin Hood itu disahkan oleh keluarganya.

Rickman yang memegang watak Profesor Snape dalam filem Harry Potter turut memainkan pelbagai peranan ikonik dalam beberapa filem terkemuka seperti Die Hard, Robin Hood Prince of Thieves and Love Actually.

Pada tahun lalu, beliau mendedahkan sudah berkahwin dengan kekasih lamanya, Rima Horton dalam satu majlis di New York pada 2012.

Rickman menjalin hubungan dengan Horton sejak 1977.

Keluarganya dalam satu kenyataan pada Khamis berkata:"Pelakon dan pengarah Alan Rickman meninggal dunia akibat kanser pada usia 69 tahun. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga."

Rickman memulakan kariernya di pentas lakonan sebelum menamatkan pengajian dalam bidang perfileman.


Artikel Sebelum

IS Mengaku Serang Jakarta

Artikel Berikut

Starbucks Tutup Kedai Di Jakarta

Artikel Lain