Operasi Buru El Chapo Catat Sejarah - Dunia | mStar

Operasi Buru El Chapo Catat Sejarah

BANDAR RAYA MEXICO: Pemburuan raja dadah, Joaquin Guzman atau El Chapo selepas beberapa kali meloloskan diri dari penjara dalam tempoh 14 tahun disifatkan yang termahal dalam sejarah  negara itu.

Kos yang tinggi diperuntukkan untuk menahan penjenayah paling dikehendaki itu melibatkan sekurang-kurangnya 2,500 anggota keselamatan dan ejen perisikan.

Sepanjang tempoh merangka modus operandi pemburuan, pasukan keselamatan mengerahkan anggotanya memantau beberapa personaliti bagi menjejaki El Chapo.

Aktor Hollywood, Sean Penn dan aktres tempatan, Kate del Castillo adalah antara yang turut dipantau bagi mendapatkan maklumat berkaitan Guzman.

Selain itu, pemburuan turut melibatkan maklumat yang diperoleh secara bersama daripada agensi perisikan, data, soal siasat dan serbuan di kawasan tertentu.

Hasil kerjasama semua pihak Guzman telah ditahan pada pagi Jumaat lalu dalam kejadian tembak-menembak di bandar Los Mochis, Sinaloa.

Susulan itu, AP mendedahkan kenyataan seorang bekas ejen perisikan kerajaan yang enggan dikenali berkaitan kejayaan penahanan Guzman.

“Yang pertama, El Chapo telah menghentikan pengedaran dadah secara rahsia. Dia meninggalkan kawasan pergunungan. Dia bertemu dengan orang ramai seperti mana kita ketahui. Keadaan itu membuatkan kerja-kerja unit perisikan lebih mudah untuk menangkapnya.

"Faktor lain ialah ketika dia meloloskan diri, pihak berkuasa telah mengerahkan kira-kira 2,500 anggota daripada pelbagai agensi kese­lamatan supaya operasi penangkapan raja dadah berkenaan berjalan lancar,” katanya.

Bagaimanapun, Pejabat Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto dan pejabat peguam negara tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan jumlah anggota keselamatan tersebut.

Namun beberapa pegawai kerajaan berkata, kerja-kerja operasi penangkapan itu melibatkan sekurang-kurangnya 2,500 anggota keselamatan.



El Chapo , Sean Penn , Guzman , Mexico

Artikel Sebelum

Hokkaido Dilanda Gempa 6.7

Artikel Berikut

Doktor Muda Britain Mogok

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain