suria

Trump Halau Wanita Berhijab

WASHINGTON: Kelantangan calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengutuk kegiatan pengganas selain sikap anti Islam ditunjukkan apabila menghalau seorang Muslimah pada majlis anjuran parti Republikan.

Wanita Islam bertudung itu diarah keluar kerana didakwa mengganggu ucapan ahli perniagaan terkemuka itu di South Carolina.

Rose Hamid, 56, diiringi dua anggota polis hanya kerana tindakannya berdiri semasa Trump dengan lantang menuduh pelarian Syria telah bergabung dengan kumpulan militan IS.

"Saya hanya diam dan berdiri sebagai tanda protes.

"Semasa diarah meninggalkan dewan, penyokong Trump bersorak gembira malah salah seorang daripada mereka bertindak keterlaluan dengan menuduh saya membawa bom," kata Rose.

CNN melaporkan, semasa menyertai kempen itu, Rose dilihat memakai baju T dengan tulisan "Salam, saya datang dengan aman".

Sebelum ini, Trump terkenal dengan sikapnya anti migran  pernah mencadangkan supaya umat Islam dilarang masuk ke AS.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain