suria

Terima Bantuan Selepas 23 Rakyat Syria Mati Kebuluran

BEIRUT: Selepas 23 kematian akibat kebuluran, akhirnya kerajaan Syria membenarkan penyaluran bantuan kemanusian ke tiga kampung yang dikepung akibat pergolakan di negara itu.

Daripada jumlah itu, enam bayi bawah setahun dan lima warga emas berusia lebih 60 tahun.

Kumpulan bantuan, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata, semua pesakit itu meninggal dunia akibat kebuluran di pusat kesihatan di satu daripada tiga kampung berkenaan sejak 1 Disember lalu.

Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Yacoub El Hillo berkata, bantuan akan mula memasuki kampung terbabit dalam beberapa hari lagi.

Dua lokasi itu perkampung Syiah, Foua dan Kfarya di utara Syria yang dikepung militan antikerajaan selama lebih setahun. Manakala kampung ketiga, Madaya yang terletak berhampiran sempadan Lubnan, dikepung tentera kerajaan sejak awal Julai lalu.

“PBB menyambut baik kelulusan daripada kerajaan Syria untuk memasuki Madaya, Foua serta Kfarya dan sedang bersedia menghantar bantuan kemanusiaan dalam beberapa hari lagi,” kata Yacoub. - AP


Syria, Doktor Tanpa Sempadan, PBB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain