Thailand Tamat Operasi Bas Dua Tingkat - Dunia | mStar

Thailand Tamat Operasi Bas Dua Tingkat

Antara syarikat perkhidmatan bas dua tingkat yang beroperasi di Thailand.

BANGKOK: Thailand menghentikan pendaftaran baru bas dua tingkat berikutan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan kenderaan itu.

Perkara itu diputuskan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang turut mengarahkan supaya pemeriksaan ketat dilakukan terhadap pengangkutan awam itu.

Menteri Pengangkutan, Arkhom Termpittayapaisith berkata, Prayut mengeluarkan arahan itu ketika mesyuarat Kabinet pada Rabu.

“Prayut mahu pendaftaran baru bas dua tingkat ditamatkan kerana kenderaan itu terbabit dalam banyak kemalangan jalan raya,” katanya.

Sebanyak 4,800 bas dua tingkat dan 16,000 bas setingkat dengan ketinggian lebih 3.6 meter yang masih beroperasi mesti lulus ujian kecondongan pada kecerunan 30 darjah.

“Sekiranya gagal, kenderaan itu mesti ditamatkan perkhidmatannya,” katanya.

Prayut juga mahu semua pengangkutan awam dipasang sistem kedudukan global (GPS) bagi memantau tabiat pemandu kerana kebanyakan kemalangan berpunca dari sikap pemandu.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Pengangkutan Darat menarik lesen pemandu yang memandu dengan cuai dan mengenakan denda lebih berat terhadap operator bas.

“Thailand adalah satu-satunya negara yang membenarkan bas dua tingkat beroperasi,” jelasnya.


Thailand , Prayuth Chan-o-cha

Artikel Sebelum

Donut Emas RM440 Sebiji

Artikel Berikut

Tentera Israel Terus Sasar Rakyat Palestin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain