suria

Amah Di Singapura Dipenjara Kerana Tendang, Tampar Kanak-Kanak

Khaerun Nisa Selfitriya

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah bertindak menendang anak perempuan majikannya yang berusia 23 bulan kerana kanak-kanak itu enggan menghabiskan makanannya.

Untuk itu, Khaerun Nisa Selfitriya, 28, dijatuhi hukuman penjara empat bulan pada Isnin.

Dia turut mengaku bersalah menampar seorang lagi anak majikannya berusia lapan bulan di bahagian belakang beberapa kali di sebuah flat di Woodlands pada 14 Oktober tahun lepas.

Mahkamah diberitahu bahawa majikan berusia 28 tahun itu mula menyedari selepas dapati kesan calar pada lengan anaknya pada Mei tahun lepas.

Kejadian ini berlaku selepas dia mula menggajikan Khaerun untuk bekerja.

Beliau kemudian bertindak memasang CCTV di rumahnya yang disambungkan dengan telefon bimbitnya untuk memantau kejadian di rumah sewaktu ketiadaannya.

Hukuman penjara ke atas Khaerun bermula pada 16 Oktober lalu dan dia juga boleh didenda sehingga $4,000 (RM12,187) dan dipenjara sehingga empat tahun bagi setiap pertuduhan. -Berita Harian/Asia News Network

Khaerun Nisa Selfitriya, Amah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain