suria

PM Benin Terselamat Dalam Nahas Helikopter

Lionel Zinsou.

PORTO-NOVO: Perdana Menteri Benin, Lionel Zinsou dilaporkan terselamat dalam nahas helikopter yang terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di sebuah stadium di Djougou, barat laut negara itu pada Ahad.

Pemimpin negara Afrika Barat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu," kata jurucakap kerajaan, Leonce Houngbadji.

Setakat ini masih tidak jelas mengapa helikopter yang membawa Zinsou melakukan pendaratan cemas di dalam stadium itu.

Anak perempuannya, Marie-Cecile Zinsou, turut mengesahkan mengenai ayahnya yang terselamat.

"Ayah saya dalam keadaan baik. Tiada mangsa dalam nahas helikopter yang berlaku di Djougou. Terima kasih atas mesej anda," katanya dalam bahasa Perancis di akaun Twitter miliknya. 
PM Benin, Lionel Zinsou

Artikel Berikut

41 Maut Puting Beliung Landa AS

Artikel Lain