suria

Star Wars: The Force Awakens Atasi Rekod Pecah Panggung Jurassic World

FILEM Star Wars: The Force Awakens memecah rekod dunia apabila mencatatkan kutipan AS$528 juta (RM2.26 bilion) pada pembukaan tayangan hujung minggu lalu, walaupun jangkaan awal menunjukkan filem arahan JJ Abrams itu berada pada kedudukan lebih rendah berbanding Jurassic World. 

Jumlah kutipan yang dijangkakan sebelum ini ialah AS$517 juta (RM2.22 bilion) berbanding Jurrasic World, filem yang berkisarkan dunia dinasor yang mencatatkan kutipan terbesar sebanyak RM524.9 juta (RM2.25 bilion) bagi tayangan pembukaan pada Jun lalu.

Bagaimanapun kutipan itu lebih baik daripada apa yang dijangkakan pada Ahad lalu bagi filem pecah panggung itu di Amerika Utara. 

"Ia lebih besar daripada besar. Ia lebih besar daripada apa yang kita jangkakan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger kepada Bloomberg TV pada Isnin. 

"Dan China masih belum lagi membuka tayangannnya. Jadi, ia merupakan hujung minggu yang mengagumkan. Dan saya seharusnya katakan bahawa jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding apa yang kita katakan sebelum ini."

Jurassic World terbitan Universal kekal dalam kedudukan teratas pada 2015 dengan kutipan AS$6.8 bilion (RM29.24 bilion) setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, filem Star Wars dilaporkan terpilih dalam senarai pendek bagi 10 filem yang akan bersaing untuk kategori kesan khas terbaik pada Anugerah Oscar.

Ia akan bersaing dengan Ant-Man, Ex Machina, Mad Max: Fury Road, The Martian, The Revenant, Tomorrowland dan The Walk yang merupakan lima calon akhir.

Keputusan pencalonan akhir akan diumumkan pada 14 Januari depan. - The Telegraph

2,269.64
2,269.64
2,269.64 
Star Wars

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Sejuta Migran Masuk Eropah

Artikel Lain