suria

Ancaman: Pesawat San Francisco-Paris Dilencongkan

PARIS: Pesawat Air France dari San Francisco ke bandaraya ini dilencongkan ke Montreal sebagai langkah berjaga-jaga selepas mendapat ancaman daripada pihak yang tidak diketahui, kata syarikat penerbangan itu.

Laporan AFP menyebut, pesawat AF083 itu mendarat pada tengah malam waktu tempatan di Montreal, Kanada menurut firma berkenaan.

"Pihak berkuasa tempatan mula memeriksa pesawat, penumpang dan bagasi.

"Siasatan akan dibuat pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca amaran," menurut Air France dalam satu kenyataan.

Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak amukan pengganas di Paris pada 13 November lalu yang menyebabkan 130 orang terkorban. --AFP

Air France, Paris, AF083

Artikel Sebelum

Oscar Pistorius Diikat Jamin

Artikel Berikut

Artikel Lain