suria

Tanah Runtuh Di Lombong Batu Permata, 30 Terbunuh

YANGON: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh selepas berlaku tanah runtuh di kawasan perlombongan batu permata di pergunungan utara Myanmar.

Akhbar Myanmar melaporkan, sebanyak 30 mayat telah dibawa keluar dari kawasan runtuhan di Hpakant, Kachin itu.

Jumlah kematian dijangka meningkat kerana anggota keselamatan masih berusaha mengeluarkan baki mayat yang tertimbus pada Ahad.

Bencana itu dilapor turut melumpuhkan industri batu permata di negara berkenaan yang membawa hasil bernilai bilion dolar kepada Myanmar.

Kebanyakan mangsa dikatakan terperangkap di laluan di dalam gunung yang dikorek ketika pencarian batu permata.

Batu Permata, Myanmar

Artikel Lain