suria

Penumpang Lega Ngurah Rai Dibuka Semula

Sebahagian penumpang yang menunggu jadual penerbangan baharu selepas terkandas akibat letusan gunung berapi.

DENPASAR: Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali dibuka semula Khamis selepas ditutup dua hari susulan letusan gunung berapi Rinjani dan Barujari di Pulau Lombok.

Perubahan arah angin membawa abu daripada Rinjani jauh dari lapangan terbang itu untuk pertama kalinya sejak beberapa hari lalu.

“Lapangan terbang ini dibuka semula pada pukul 2.30 petang waktu Bali," kata ketua lapangan terbang itu, Yulfriadi Gona.

Hampir 700 penerbangan termasuk 320 penerbangan antarabangsa dibatalkan antara Selasa hingga semalam.

Pembatalan yang mencetus ketidakpuasan hati di kalangan penumpang yang terkandas di Bali termasuk Naib Presiden India, Mohammad Hamid Ansari yang menutup tirai lawatan rasminya Rabu.

Gangguan abu gunung berapi itu turut menyebabkan penganjur sebuah persidangan berprofil tinggi anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bali terpaksa menangguhkan acara itu yang akan dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo dan dermawan, Melinda Gates. – AFP



Ngurah Rai, Bali, Rinjani, Lombok

Artikel Sebelum

Chhota Rajan 'Pulang' Ke India

Artikel Berikut

Artikel Lain