Remaja Islam Didakwa Cipta Bom Melawat White House - Dunia | mStar

Remaja Islam Didakwa Cipta Bom Melawat White House

Seorang ahli sains bergambar dengan Ahmed Mohamed ketika remaja Islam itu menjadi tetamu White House pada Isnin.

WASHINGTON: Remaja Islam yang ditahan polis apabila gurunya tersalah anggap bahawa jam buatan sendiri adalah bom tiba di White House pada Isnin, selepas menerima jemputan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Ahmed Mohamed merupakan sebahagian daripada kumpulan pelajar, guru, ahli-ahli sains, angkasawan dan selebriti yang menjadi tetamu Malam Angkawasan White House.

Mohamed mula dikenali ramai selepas pihak sekolahnya di Texas melaporkan kepada polis mengenai objek mencurigakan yang dibawa pelajar berkenaan ke sekolah.

Disebabkan dia seorang remaja Islam, objek berkenaan disangka bom buatan sendiri.

Bagaimanapun siasatan polis mendapati ia hanya sebuah jam buatan sendiri dan perkara itu menarik perhatian netizen yang mencemuh tindakan sekolah tersebut.

Malah #IStandWithAhmed menjadi popular oleh netizen untuk hashtag khususnya di Twitter.

Tindakan Mohamed mencipta jam tersebut kemudian menarik perhatian Obama yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Pelajar tersebut kemudian dijemput Obama ke White House untuk satu majlis bersama golongan pintar lain.

White House , Islam

Artikel Sebelum

Jerebu Semakin Teruk Di Singapura

Artikel Berikut

Lima Terbunuh Dalam Serangan Di Benghazi

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain