suria

Boko Haram Dakwa Ketuanya Masih Hidup

Abubakar Shekau

LAGOS: Kumpulan militan Boko Haram pada Rabu mendedahkan satu rakaman video yang mendakwa ketuanya, Abubakar Shekau yang bertanggungjawab dalam serangan yang mengorbankan ribuan nyawa sejak enam tahun lalu masih hidup.

"Ketua kami, Abubakar Shekau masih hidup dan kekal sebagai ketua kami. Setia kami kekal bersama al-Baghdadi (ketua kumpulan Negara Islam (IS))," kata seorang lelaki disamping puluhan lelaki bersenjata api dalam video berdurasi 17 minit.

Pada Mac lalu Abubakar menyatakan kesetiaan Boko Haram terhadap IS yang kini menawan sebahagian Syria dan Iraq.

Bagaimanapun Abubakar tidak muncul untuk membuat sebarang pengumuman sejak Februari kecuali rakaman audio yang didedahkan.

Berikutan itu, pihak berkuasa mendakwa pemimpin kumpulan militan itu telah terbunuh dalam serangan yang dilakukan awal tahun lalu.



Boko Haram, IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain