BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam letupan bom kereta di dua daerah di Baghdad pada Sabtu, kata sumber polis dan perubatan. Serangan itu menyasarkan daerah Kadhimiya dan Hurriya di utara ibu negara Iraq. Kumpulan militan Negara Islam (IS) menguasai sebahagian besar utara dan barat Iraq, mendakwa bertanggungjab dalam insiden itu. - Reuters