suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin Islam Tak Layak Jadi Presiden AS

Ben Carson

WASHINGTON: Calon pilihan raya Presiden Parti Republikan, Ben Carson menimbulkan kontroversi apabila menegaskan pemimpin Islam tidak wajar menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).

Menerusi wawancara program Meet the Press terbitan stesen televisyen NBC, Carson yang juga bekas pakar bedah saraf beragama Kristian itu berkata demikian apabila ditanya sama agama yang dianuti Presiden AS menjadi isu penting.

“Pada saya, ia bergantung kepada agama apa yang dimaksudkan. Jika kepercayaannya tidak selari dengan nilai dan prinsip AS, maka sudah tentu ia menjadi isu penting, tetapi tiada masalah jika agamanya konsisten dengan Perlembagaan negara," katanya.

Ditanya sama ada beliau percaya agama Islam konsisten dengan Perlembagaan AS, Carson menjawab: “Tidak, saya rasa tidak.”

“Saya tidak menyokong kita meletakkan orang Islam mengetuai negara ini. Saya sangat tidak bersetuju dengan langkah sedemikian,” tambahnya.

Isu tersebut ditimbulkan beberapa hari selepas pendahulu calon Presiden daripada Parti Republikan, Donald Trump tidak membantah kenyataan seorang peserta kempennya yang mendakwa Presiden Obama beragama Islam.

Trump menyatakan, beliau ‘tiada tanggungjawab moral’ untuk mempertahankan Obama daripada dakwaan tidak berasas itu.

Cara bilionair itu menangani isu tersebut bagaimanapun menimbulkan kemarahan pendahulu senarai calon Presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, White House dan beberapa pemimpin Parti Republikan sendiri. – AFP



AS, Islam, Ben Carson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Mirip Obama Jadi Pelakon

Artikel Lain