Silinder Gas Meletup Di Restoran Sesak, 82 Terbunuh - Dunia | mStar

Silinder Gas Meletup Di Restoran Sesak, 82 Terbunuh

NEW DELHI: Angka kematian dalam kejadian letupan selepas silinder gas meletup di sebuah restoran yang sesak berhampiran Bhopal di negeri Madya Pradesh mencecah 82 orang dan hampir 100 yang lain mengalami kecederaan serius.

Menurut pegawai kanan polis, bahan gelatin yang digunakan dalam perlombongan yang disimpan di dalam sebuah rumah, bersebelahan restoran itu, meningkatkan lagi letupan berkenaan.

Kesan letupan itu menyebabkan bangunan dua tingkat yang menempatkan restoran itu runtuh dan beberapa bangunan bersebelahan rosak, memetik laporan saluran berita tempatan NDTV.

Letupan di restoran itu yang terletak di kawasan perumahan berhampiran perhentian bas di Petlawad, lebih 300km dari ibu negeri itu berlaku pada 9 pagi Sabtu.

Jumlah kematian meningkat selepas anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat di bawah runtuhan restoran dan bangunan sekitarnya.

Daripada jumlah mangsa yang cedera, dipercayai 20 orang dalam keadaan kritikal.

"Restoran itu terletak di kawasan padat dan ketika itu ramai yang sedang bersarapan, sebab itu jumlah kematian tinggi," kata pegawai kanan polis daerah Seema Alava kepada saluran berita berkenaan.

Pegawai polis daerah lain berkata jumlah mangsa yang terkorban tinggi  kerana kedudukan restoran itu berhampiran perhentian bas yang sibuk.

Dalam mesej di Twitter, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau "amat berdukacita atas kehilangan nyawa dalam letupan silinder gas di Jhabua.

Saya menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga si mati."

Bhopal , India , Gas

Artikel Sebelum

Kereta Api Tergelincir, Dua Maut

Artikel Berikut

Lima Maut Dalam Protes Antikerajaan Di Nepal

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain