suria

Jemaah Haji Teruskan Ibadah Seperti Biasa

MEKAH: Jemaah haji kembali meneruskan ibadah seperti biasa di Masjidil Haram sehari selepas tragedi kren tumbang, lapor pihak berkuasa Arab Saudi.

Ratusan ribu lagi jemaah turut tiba sejak Ahad - sehari selepas insiden berkenaan bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Dalam kejadian pada Sabtu, seramai 107 jemaah haji meninggal dunia manakala 200 lagi cedera akibat insiden kren tumbang berikutan ribut yang berlaku sebelumnya.

Bagaimanapun, tragedi tersebut masih memberi kesan apabila terdapat jemaah yang merakam gambar selain membaca Al Quran berdekatan kawasan kejadian.

"Saya harap saya turut mati dalam kemalangan ini kerana ia berlaku pada waktu yang baik dan di tempat suci," kata seorang jemaah dari Mesir, Mohammed Ibrahim kepada AFP.

Seorang jemaah dari Magribi pula memberitahu, telefon bimbitnya sering berbunyi tidak selepas kejadian itu kerana keluarga ingin mengetahui keadaannya.

"Telefon berbunyi tidak henti sejak semalam. Keluarga ingin tahu keadaan kami di sini," jelas Salma.

Mekah, Haji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kereta Api Tergelincir, Dua Maut

Artikel Lain