suria

160,000 Jemaah Tanpa Permit Haji Diusir

JEDDAH: Musim haji kali ini menyaksikan tindakan tegas diambil pihak berkuasa Arab Saudi apabila dilaporkan mengusir 160,000 jemaah tempatan yang cuba memasuki Tanah Suci tanpa permit.

Amir Makkah, Putera Khaled al-Faisal berkata, langkah itu diambil bagi memastikan perjalanan ibadah musim ini tidak terganggu dan keselamatan jemaah lain terjamin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji memaklumkan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di terminal haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis.

Lebih 1.3 juta jemaah seluruh dunia dijangka menunaikan haji tahun ini.

Sehingga Rabu, seramai 736,649 umat Islam dunia sudah tiba di Makkah dan Madinah.

Penerbangan terakhir membawa jemaah haji dijangka mendarat di sini pada 18 September ini, kira-kira seminggu sebelum wukuf di Arafah.


jemaah, haji, Arab Saudi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain